“Lebihnya Saidatina Aisyah R.A berbanding wanita-wanita lain umpama kelebihan thareed dengan sekalian makanan.”
‘Apa aku masih mampu menjadi seperti itu? Ya Allah, berikanlah hambaMu ini kelebihan seumpama isteri Rasulullah S.A.W ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W dan seluruh kaum kerabat dan sahabat-sahabat baginda. Sesungguhnya aku ingin disayangi sepertinya oleh insan yang akan memilikiku kelak...’
“Aisyah, kamu sudah siap belum? Arissa sedang menunggu kamu di bawah!” umi berteriak memanggilku dari dapur.
“Ya, umi!” aku segera menutup lembaran catatan harianku dengan sempurna. Setiap pagi, aku akan membuka dan mencatat sesuatu di dalam buku khas itu selepas membaca hadis-hadis mengenai Aisyah R.A yang merupakan puteri Abu Bakar R.A dan wanita istimewa milik baginda. Aku pingin sekali untuk mencontohinya dan menghafal ribuan hadith-hadith nabi yang diriwayatkan.
Menurut umi, nama indah itu dipilih oleh datukku, seorang ustaz yang amat dihormati di kampung kami. Datuk menginginkan cucunya menjadi seperti srikandi yang tiada tolok bandingya itu. Aku berterima kasih kepada datuk kerana melaluinya aku bersyukur dan berusaha membaiki diri ke arah yang lebih baik.Qaseh Aisyah, sebaris nama yang aku banggakan sebagai seorang Muslimah sejati.
Aku memohon maaf kepada Arissa kerana membuatkan dia menungguku. Lalu,kami berdua menapak bersama-sama ke madrasah yang terletak tidak jauh daripada kediaman. Sambil berjalan, aku rancak bercerita kepada Arissa mengenai apa yang telah aku titipkan.
“Kamu mahu mengikut aku ke perpustakaan petang nanti?” Arissa memandangku sambil matanya galak membaca risalah di tangan.
“Maaf ya, Arissa, aku diperlukan di rumah kebajikan itu petang nanti kerana hari ini ialah giliranku”,
Arissa mengangguk tanda mengerti. Seperti selalu, aku akan ke rumah kebajikan yang berdekatan kerana aku bertugas sebagai sukarelawan di situ. Aku ingin meneruskan perjuangan seperti arwah abah yang berkhidmat hingga ke akhir hayatnya. Abah merupakan seorang sukarelawan yang berganding usaha menolong sebuah organisasi kebajikan sehingga ke peringkat antarabangsa. Abah pernah merantau hingga ke luar Negara demi membantu golongan yang memerlukan sehinggalah dia ditugaskan menolong golongan yang dijangkiti penyakit HIV.
Tidak pernah kering keringat abah demi mendapatka pahala yang diredhai disamping membantu sesama hamba Allah. Melalui kerja sukarelawan ini juga abah sempat berkenalan dengan umi yang merupakan seorang doktor dalam organisasi yang sama. Namun, takdir Allah menentukan segala-galaya. Di saat aku masih di dalam kandungan umi, mereka dikejutkan dengan keputusan yang tidak dijangkakan. Rupa-rupanya abah merupakan penghidap positif HIV. Setelah disiasat, abah dijangkiti oleh salah seorang pesakitnya semasa beliau giat menghulurkan bantuan kepada pesakit HIV yang dikendalikan.
Allah S.W.T lebih mengetahui apa yang berlaku kepada setiap hambanya. Demikian menurut doktor yang merawat abah, aku merupakan anak yang mewarisi peyakit tersebut. Abah dan umi redha dengan setiap dugaan yang melanda dan lewat sebelum aku dilahirkan, Allah lebih menyayangi abah. Abah pergi menghadap Ilahi di waktu yang agak muda. Ironinya, sebelum aku sempat melihat wajah dunia. Umi tabah menghadapi semua ini dan ibu muda itu menamatkan pekerjaan demi menjagaku sepenuh masa. Umi hanya mendaftar sebagai pengajar sambilan di salah sebuah sekolah rendah berdekatan.
“Aisyah, apa yang kamu menungkan?”
“Eh, brother Muaz, tak ada apa-apa lah. Aisyah cuma teringatkan arwah abah. Tak sangka dah 20 tahun abah tinggalkan dunia ni.”
“Ya ukhti, Allah S.W.T sangat kasihkan hambaNya yang bertaqwa. Dia takkan pernah lupa kepada setiap hambaNya yang sabar dan tabah dalam ujian yang diberikan. Brother percaya, Aisyah sangat kuat dan tak pernah mengalah. Jangan pernah jadikan kelemahan dan kekurangan kita sebagai penghalang dalam hidup. Sentiasalah berdoa kepadaNya supaya mendapat ketenagan yag diimpikan”, Brother Muaz berbicara dengan panjang lebar.
“Amin. Insya Allah....doakan Aisyah ya”, aku tersenyum memandangnya.
“Insya Allah, brother tak pernah lupa mendoakan setiap orang di dalam organisasi ini.”
bersambung...
1 ada sebab:
tulis cerpen plak kan..tiru2..hehehe
Post a Comment